Hye!!! welcome to my blog AEROY69 :D

Monday 2 April 2012

cerita sebenar



 SELESAI...Safee (kiri) dan Sabrina (kanan) keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.   

Katanya, kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik.

Prosiding itu dijalankan di depan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar.

“Tiada sebarang pertikaian dan ia diselesaikan secara muafakat. Anak guam saya berharap tidak ada berita kurang menyenangkan kerana kedua-dua pihak kerana sudah selesaikan dengan cara baik.

“Sabarina akan terus pulang ke Kuching, malam ini (malam tadi) dan anak mereka diserahkan kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Sabarina yang ditemui berharap tiada lagi spekulasi timbul selepas kes itu selesai.

“Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Percubaan mendapatkan kenyataan Safee, dan peguam syarie mewakilinya, Ahmad Nazib Johari gagal selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sejurus kes selesai.

Pada 27 Mac lalu, permohonan perintah kembali taat difailkan Safee terhadap Sabarina ditarik balik selepas mereka bersetuju menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.

Pada November tahun lalu, Safee memfailkan permohonan perintah kembali taat terhadap Sabarina di mahkamah rendah di sini.

Permohonan itu difailkan tiga bulan sebelum penyerang kebangsaan itu memperbaharui kontrak dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC, awal Februari lalu.

Sebelum itu, pasangan berkenaan dilaporkan tinggal bersama dua anak mereka di Apartmen Bona Vista, kediaman mewah yang disediakan kelab di negara jiran itu.

Pada 2 Februari lalu, akhbar ini melaporkan Safee boleh dianggap pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan apabila menyambung kontrak dua tahun bersama Pelita Jaya FC bernilai lebih RM2 juta.   

No comments:

Post a Comment