Hye!!! welcome to my blog AEROY69 :D

Wednesday 7 March 2012

i love KELANTAN

Gambar | Stadium Muhammad Ke V

Ini perspective dari dalam stadium. Tempat duduk akan bewarna merah putih, seiring dengan warna negeri Kelantan. Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan.
Ini merupakan pandangan bucu hadapan. Nama stadium insya Allah ialah Stadium Sultan Muhammad V, sempena Sultan kita yang tersayang. Allahuakbar! Gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Berani kah musuh bertandang ke Fortress The Red Warriors?
Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.
Lagi satu gambaran Stadium Sultan Muhammad V. Pandangan dari perspektif atas, jika dilihat dengan teliti, boleh nampak Royal Box untuk kegunaan Al-Sultan kita.

No comments:

Post a Comment