Hye!!! welcome to my blog AEROY69 :D

Saturday, 13 July 2013

ABEROY69 YANG DULU , BUKAN ABEROY69 YANG ANDA KENAL SEKARANG :'(

TINGGAL ZAMAN GELAP 
AKU MULA DENGAN ZAMAN YANG BARU 
INSYAALLAH CERAH ,AMIN3 
AKU MAHU HIDUP MACAM DULU...
ABEROY69 SEBELUM RAMADHAN X SAMA DENGAN ABEROY69 SELEPAS 1RAMADHAN PADA TAHUN NI.... INSYAALLAH AKAN BERUBAH :D

TINGALLAH KENANGAN DI MASA SILAM :'(

Sunday, 7 July 2013

KESEDIHAN YANG DIALAMI :'(

SALAM DARI SAYA /// KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

SEMUA POST TENTANG BLOG SAYA HANYA TINGGAL KENANGAN SEMUA...SEMUANYA DAH PERGI MENINGGALKAN KU,AKU MULAI KEHIDUPAN YANG BARU,TUTUP BUKU LAMA,BUKA BUKU BARU,AKU INGIN HIDUP MACAM DAHULU... KEPUTUSAN YANG DIBUAT ADALAH KEPUTUSAN DI PIHAK ORANG LAIN,HANYA KEPUTUSAN TENTANG DOUBLE [A] KEPUTUSAN YANG AKU BUAT SENDIRI...

TERPULANGLAH ATAS DIRI MASING2.ITU SEMUA HAK ANDA,TIADA HAK UNTUK SAYA MEMAKSA ANDA ,ITU JALAN YANG TERBAIK YANG ANDA PILIH,SAYA XKISAH,CUMA SAYA JUGA ADA PERASAAN SEDIH SERTA SEDIKIT SEBAK DENGAN APA YANGT ANDA KATAKAN DALAM MSG TEMPOH HARI,SAYA BERFIKIR,APA SEBAB ANDA BUAT KEPUTUSAN MACAM 2,SAYA TIDAK TAHU APA PUNCANYA,ANDA MEMILIH UNTUK BUAT KEPUTUSAN,SAYA TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN REDHA... 

PERKARA YANG SAMA TELAH BERLAKU PADA KITA,JANGANLAH KAMU HIDUP X TENTU ARAH DENGAN KEJADIAN YANG TELAH MENIMPA KE ATAS DIRIMU,MAHUPUN DIRIKU,KITA HANYALAH INSAN YANG KERDIL DI SISI ALLAH S.W.T,KITA X LARI DARI KESILAPAN,KITA HANYA MANUSIA,PERKARA YANG LEPAS KITA BUAT TAULADAN DAN JADIKAN SEMPADAN UNTUK KITA TERUSKAN KEHIDUPAN SEPERTI BIASA,.MULAKAN KEHIDUPAN ANDA SEPERTI BIASA,ITU JALAN YANG TERBAIK YANG ANDA PILIH...

JANGAN JADIKAN ALASAN DALAM  ANTARA KAMU DAN DIA,ANTARA AKU DENGAN DIA, KITA X DAPAT UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN KITA SEPERTI BIASA,PERKARA YANG KECIL KITA JANGAN PERBESAR-BESARKAN,LUMRAH KEHIDUPAN,TUHAN NAK UJI KITA,BIASA LA,,LEBIH BAIK ADIK BRADIK KANDUNG / SAUDARA MARA DARIPADA KITA,.KITA TAHU KITA X SEMPURNA,KITA JAHAT,SEMUA ORANG NAMPAK SAYA JAHAT,SAYA AKUI SAYA MEMANG JAHAT...

JADIKANLAH IA SEBAGAI KENANGAN BERSAMA SAYA DALAM KEHIDUP ANDA DAN DISIMPAN DALAM HATI,INGATLAH SAYA SELAGI ANDA MAMPU ...
ANGGAPLAH IA SEBAGAI SATU PENGAJARAN SUPAYA TIDAK AKAN BERULANG BENDA YANG SAMA KEPADA INSAN YANG BERGELAR MANUSIA...

INSAN YANG BERGELAR MANUSIA ADA HATI,ADA PERASAAN
BERUSAHALAH UNTUK MENCARI INSAN YANG LEBIH MEMAHAMI SITUASI DAN KEHENDAK ANDA..
CARILAH YANG TERBAIK,JNGAN MAIN IKUT REMBAT ATAU IKUT PERASAAN,
JIKA TIDAK,IA AKAN LEBIH TERUK LG..BELAJARLAH MENYAYANGI KALAU ANDA MAHU DISAYANGI,SEJAUH MANA POM KITA LARI,SETINGGI MANA POM KITA TERBANG,SEDALAM MANA POM KITA CUBA SEMBUNYI,TAK KAN SELESAI WALAU SE'ZARAH MASALAH MELAIKAN KITA HADAPINYA DENGAN BERANI...

SEMOGA SENTIASA TABAH MENGHADAPI DUGAAN DAN RINTANGAN YANG AKAN DI ALAMI PADA BILA2 MASA.,,
JIKA SUDAH ADA APA YANG DI INGINI,INGATLAH SAYA DALAM DOAMU..KASIH SAYANG X AKAN TERCIPTA JIKA HUBUNGAN X AKRAB,BELAJARLAH MENGHORMATI JIKA INGIN ORANG LAIN MENGHORMATI ANDA,BELAJARLAH MEMAHAMI JIKA INGIN DIFAHAMI,BELAJARLAH MENYENANGI KALAU INGIN DISENANI ORANG LAIN...

JNGAN JADIKAN ALASAN UNTUK TIDAK DAPAT HIDUP SENANG ATAU GEMBIRA KERANA PERKARA YANG LEPAS,JADIKANLAH IA SEBAGAI BUKU LAMA,DAN BUKA LAH BUKU YANG BARU..SEDAR SELEPAS MELAKUKAN KESILAPAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK ADA KESEDARAN LANGSUNG,SETIAP ORANG BOLEH MENDAPAT PELUANG KEDUA DAN SETERUSNYA...MUNKIN SAYA TIDAK SEMPURNA DIMATA ANDA...PERASAAN SEDIH,SEBAK BERMAIN DI FIKIRAN

SEMOGA SENTIASA DALAM KEADAAN GEMBIRA,BERUSAHALAH MENCARI PENGANTI YANG LEBIH BAIK DARIPADA SAYA,MUNKIN KERANA SAYA TIDAK SEMPURNA DIMATAMU,
JIKA DAH ADA PENGANTI DI TEMPAT SAYA DULU,SIMPANLAH KENANGAN YANG TELAH KITA LALUI PADA KETIKA DAHULU..MAKAN/TIDO/KB/SUSAH/SENANG/KETAWA/SEDIH/DLL
ITU SAJA YANG DAPAT DIBERITAHU

KITA TAHU APA ERTI ITU SEMUA,..KITA KENA SENTIASA BERSABAR DAN SENTIASA MENJADI PEMAAF ,KITA MULAKAN DENGAN BUKU BARU,KITA TUTUP BUKU LAMA,KITA BINA HIDUP BARU,JANGAN DIKENANG PERKARA YANG LEPAS,JANGAN DIUNGKIT BENDA YANG LEPAS,JANGAN BERDENDAM...PERASAAN KITA DUA SAMA SEKARANG,KITA ADALAH SAMA...SABAR SAJA . 

AKU REDHA DENGAN PERPISAHAN INI YA ALLAH,AKU BERSYUKUR DENGAN PERPISAHAN INI YA ALLAH,KERANA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA,MUNKIN DIRIKU  BUKANLAH YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA,YA ALLAH,AKU BERSERAH SEGALANYA PADAMU...

KURNIAKANLAH KEBAHAGIAAN PADA DIRINYA HADIRKAN LAH INSAN YANG TERBAIK BUAT DIRINYA ...MOGA DIRINYA TIDAK TERUS HANYUT DIBUAI DUNIA YANG HANYA SEMENTARA...YA ALLAH,AKU TAHU INI ADALAH KAFARAH SEGALA DOSA2 YANG TELAH AKU LAKUKAN ...MUNKIN INI BALASAN YANG SETIMPAL HARUS AKU ALAMI DI SAAT INI...KAU BANTULAH AKU MENCARI KETENANGAN DISEBABKAN PERPISAH AKU DENGAN AYIE ADIK ANGKAT AKU

KUPOHON PETUNJUK ILLAHI...HADIRKANLAH INSAN YANG SEJATI MENEMANI KESEPIAN INI,BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK HADAPI SEGALA UJIAN INI...

SETIAP PERTEMUAN MESTILAH ADA PERPISAHAN,HARGAILAH PERTEMUAN,KERANA MESTI ADA PERPISAHAN,SAYANGILAH SETIAP PERPISAHAN,KERAN DISITU PASTI ADA KESEDIHAN :'(

BERAT SUNGGUH HATI SAYA UNTUK MELEPASKAN SESEORANG YANG TELAH HADIR DALAM HIDUP AKU WALAUPON HADIR DALAM MASA YANG SINGKAT X SAMPAI 1 TAHUN POM NGA AKU :( INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA SAJA BERPISAH,TETAPI HATI KITA TETAP BERSATU DAN TERSIMPUL ERAT DENGAN TALI UKHWAH ...ANDAI INI PERTEMUAN KITA YANG TERAKHIR,IRINGILAH PEMERGIANKU DENGAN KALUNGAN DOAMU... HATI AKU TETAP TERBUKA UNTUK MU WLAUPON PELUANG HADIR BUAT KALI KEDUA :(

MAAFLAH AKU JIKA SELAMA INI AKU ADA MENYAKITKAN HATIMU , MUNKIN AKU TIDAK TAHU APA YANG AKU BUAT,KAMU TIDAK SUKA,KAMU TIDAK MEMBERITAHU TENTANG MASALAH YANG ENGKAU ALAMI,DAN PERASAAN KAMU PADA AKU KETIKA KAMU SEDIH/KETAWA/MARAH KAT AKU ...MUNKIN INI SAJA YANG DAPAT AKU TAIP BUAT MASA INI,SELEPAS BERJUMPA DENGAN MU PETANG/MALAM TADI DI RESTORAN,DAN TERNAMPAK STATUS YANG ENKAU BUAT KAT WALL/PAGE FACEBOOK :'(

#IKHLAS DARI HATI#

Aberoy69 https://www.facebook.com/pages/Aberoy69/241877485886595?ref=stream

Monday, 24 June 2013

KEPUASAN NIE,BRASO DOK SAJO,SERO JUGOP NOK UPDATE BLOG,,,HUMMMMMM
HARI NIE 25/6/2013 AKU SAMPAI DOH TEMPAT AKU SEMULAR...HAHA..AGOP2 TEMPAT GAPO LA X TAHU..KALU HOK TAHU TUH,TAHU LA,KALU HOK X TAHU TUH,,X PAYOH TAHU LA,,MUGO X BRAPO PENTING POM TEMPAT AMBO TEMPAT GAPO...HAK69

AMBO CUTI BANYOK HARI JUGOP MULO,DALAM SEMINGGU SERO DOK KG,,AMBO X TAHU POM GAPO KELEBIHAN HOK AMBO DOK KG TUH,,RASO2 X DOK GAPOW KOT....HUMMM X SEDAP EH KECEK AMBOP,SERO NOK KECEK AKU LA PLOP..HAHA

MASO AKU CUTI ,DOK KG DALAM SEMINGGU TUH SERO,,,TAPI LEBIH SERO SEMINGGU AKU ADO KG,,,AKU BANYAK HABISKAN MASA AKU UNTUK TIDO DUMOH JAH,,X DOP AROH NK G MANO2 GAP,AKU TIDO LA,,WAK GAPO AG,,,HAHA KADANG2 TUH,DERAK NGA ADIK KITO,,NAMA ALI IMRAN,,,SERO JUGOP X PUAH KALU TUBIK NGA DIO GAP,,,
G TUBIK BLKO HOK MANO BLEH G,,,BENDO HOK LEPAS TUH,X PAYOH DOK INGAT LA DEH,,HAHA,,BENDO X DOP PEKDOH TUH BLKO,,,INGAT WAK GAPO AG,MUGO KITO X BRAPO DOH TUH KALU MIKIR KENANGAN2 MANIS TUH...HAHA...MANIS JADI MASAM TERIK NIE...

XTAHU NOK TULIS GAPO AG NIE,,,TUNGGU MASA,,,MASA X SESUAI AG NIE NOK TAIP..HAHA...TIME GEGE TEP NIE,,KALU TIME SENYAP2 LAYE LAGU SORE,BLEH LA NOK NAIP,,X DOK MODAL MUGO KENO OKOK DUNHILL,REHAT LAMO SAKNIE,,JADI JEM OTOK METAR...HABIS AYAT HILANG X TAHU G MANO....PENATTTTTT  NANTI LA PLOP,,KITO EDIT PLOP HOK NIH,NOK TULIS PANJANG AG..HAHA...HOK NIE AYAT TERGANTUNG NIH...BEREH,,NANTI ADO MASO,KITO UPDATE SEMULAR PLOP... AYIE :D

SALAMMMMM
ISI BLOG AKU HANYA ISI DARI HATI AKU SAJA,TIADA APA2 POM YANG BOLEH DIJADIKAN TAULADAN,,HAHA,,KADANG2 TUH,ADA LA JUGAK CIKIT,TAPI X BRAPO NOK BNYOK ALAH MANO LA,,BNYOK HOK X TAHU GAPO DARI HOK PENTING TUH,,,HUMMMMMMMMM

Selama ini kita sering merasakn bahawa diri kita sudah pandai dari segi pelbagai ilmu dan cukup berpengalaman dalam hidup tetapi apabila Allah SWT menemukan kita dengan orang-orang yang lebih baik dan pandai dari kita, pada masa itulah kita akan mula mengetahui kelemahan diri sendiri..itu tandanya Allah masih sayangkn kita kerana mahukan setiap hambaNya sentiasa merendahkan diri dan tawadhu' bukan ujub,riak & takabbur dengan pinjam pinjamanNya..banyakkan bertaubat kepada Allah & menjiwai jiwa hamba yang sebenar!
Ada yang suka sangat bahan & sindir orang lain ...tak kisah la di facebook atau secara hadapan...tetapi percayalah diaorang fikir diaorang dah cukup laxer..percayalah jap g kalau kita bahan dan sindir balik confirm diaorang sentap dan touching dalam diam....( Pengajarannya : Jangan fikir kita je reti laxer dan hati kering...orang lain pon reti laxer dan hati orang kita bukan boleh baca kering ke tak...may be orang tak nak bahan kita balik sebab orang tau kita tu hati kecik & cepat terasa...sebab tu orang layankan je bila kita bahan & sindir dalam alam cyber ni atau depan2... nak bergaduh ni mudah je...tapi best sangat ke bergaduh kalau umur kita ni masing-masing dah tua tua bangka..bukan budak budak lagi kot nak buat perangai macam budak budak baru nak membesar.

hummmmm ambo kato doh,,x tahu gapo nok doh nie,,haha

Wednesday, 19 June 2013

LEBIH BAIK BERDIAM DIRI DARIPADA BERKATA BENDA YANG X BERFAEDAH 
DOK KAMPONG ADA MASALAH
DOK BANDAR ADA MASALAH
MUNKIN AKU KENA BERHIJRAH DOK MESIR BARU SELESAI MASALAH
KIJOAAN NOK BALOH SOKMO 

OFF TO KUALA LUMPUR 21/6 MALAM 
BAIK LARI DARI MASALAH DARIPADA BERTAMBAH MASALAH
BEREH,LA BOH,ATAS DEMO BLAKO TUH
BYE KELANTAN,WELCOME KUALA LUMPUR
 


Thursday, 30 May 2013

SEKADAR RENUNGAN KEPADA SI DIA..HAK69

SALAM,,DENGAR SINI SERMUA ORANG2 KAMPONG,,DENGAR DENGAR DENGARLISTEN LISTEN LISTENBACO BIAR HABIS GAP,JANGAN BACO SKERAT JAH
SETAKAT NAK CARI AKU DALAM LAMAN SOSIAL NGA PANGILAN KO AKU,BAIK X PAYOH LA KALU STAKAT NOK OYAP BENDO X MASUK AKAL CIKIT ABUK DI PALO OTOK..HAK69...
.NIE BUKAN NOK KATO KO SAPOW2 POM,CUMO NOK V PRINGATAN JAH,,AKU NIE MUGO JENIS BODO JUGOP TEP,NGAJI KOLOH MULO PMR POM X LEPAS TUH GAP,SALKAN UPSR...KITO HIDUP NIE MUGO SEMETAR JAH ATAS DUNIA NIE,JADI KITO BUAT LA HOK MANO MOLEK ,KITO TINGGAL LA HOK MNO WAK X MOLEK TUH,,AKU POM POM BUKAN NOK KATO MOLEK SNGAT,ADO JUGOP TMPAT WAK X MOLEK TUH,NK KATO SEMUA SEMPURNA MEME DOP LA..
.AKU NIE X APO BLKO ORE NOK TNYO KHABAR KO DOP,MUGO KITO JENIS LAGU NIE DOH,ORE TNYO KHBAR KITO,KITO TNYO KHBAR ORE,TAPI JANGAN PULOP ADO WAK TERASO,MUGO KITO TUJU KO SORE JAH NIE,X TERMASUK KO KELUARGA AKU,WOREH AKU,SEPUPU AKU,POK SEDARO MARO AKU DLL ...BUKAN RAMAI,WAK SURUH DENGAR ORE2 KG TUH,NOK SURUH SEDAR SIKIT HOK MNO2 KETINGGALAN ZAMAN TUH,,HAK69...AKU POM KETINGGALAN ZAMAN JUGOP,BUKAN SEX HOT/TIP TOP POM AKU NIE...HOHO...
HANYA KERANO SESEORANG,AKU TULIS LA PANJANG2 LAGU NIE,,HAHA,NK SEDAP HATI SUKO ...X PAYOH LA NOK AMBIK HATI AKU,AKU X CABUT V KOKRE TEP HATI AKU NIE,,HAK69 SUKO NYO HATI AMBO BULEH TULIS GINIH,,HAHAHA..MALU KOKRE GAP RETEK KITO NIE,NI X MALU CIKIT ABUK NAH,,,..HAHAHA 
JEMMM BOS DENGAR... VIA : X KATO SAPOW2 TUJU KO SORE JAH,X MASUK AHLI KELUARGA/SPUPU SEPAPAK/RAKAN2/[POK SEDARO/MOK SEDARO/ADIK BRADIK BAIAH/RAKAN2 SEPERJUANGAN/WOREH WAROH DLL 
KU TERSENYUM DAN KETAWA LALALALALALALALALALALALALALALA
 — feeling excited withSyahrul Okit and Syahrul Azwan in Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Friday, 19 April 2013

MAAFKAN AKU :'( AKU X TERNIAT POM :'(




MAAFKAN AKU :'( AKU X TERNIAT POM




TITISAN AIR MATA AKU PADA MALAM TERSEBUT :(

MAAFKAN AKU BACA SAMPAI HABIS!!! KEPADA YANG BERKENAAN ,
PAGI LEBIH KURANG JAM (1.15PAGI) (17/4/2013 SELASA)

LIDAH MANUSIA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG,BERHATI HATILAH ANDA APABILA MENGELUARKAN PERKATAAN,TERKENA PEDANG BOLEH DI UBAT,TERKENA KATA2 KAMU,AKAN KU KENANG SAMPAI AKHIR HAYAT...AKU MANUSIA YANG TAK PUNYA HARTA & WANG RINGGIT, TAPI PUNYA SEBUAH HATI YANG BESAR,AKU X AKAN MATI DIKUTUK,DAN AKU JUGA X KAN HIDUP DIPUJI ORANG ...BERKAWAN LA DENGAN FIKIRAN,JANGAN BERKAWAN MENGIKUT NAFSU/KEPALA LUTUT HANG...

AKU SEDAR AKU DATANG DARI GOLONGAN YANG X SEBERAPA,JANGAN LA KAU BERLAGAK DENGAN KEKAYAAN YANG ALLAH S.W.T BAGI,JANGAN SOMBONG,JANGAN ANGKUH,JANGAN BONGKAH LA...

KITA BERSAHABAT BUKAN KERANA HARTA SESEORANG,BUKAN JUGA KERANA DARJAT SESEORANG...BERSAHABATLAH DENGAN HATI YANG IKHLAS

HANYA ORANG YANG LEMAH AKAN MENGALAH BILA DIKEJI DAN DICACI,SEBALIKNYA ORNG YANG HEBAT AKN BERTAMBAH HEBAT APABILA ORNG MENGATANYA ..

SETAKAT NAK BERKIRA DENGAN AKU X PAYAH LA,AKU INGAT SAMPAI BILA-2,ANDA TIDAK LAYAK UNTUK BERGELAR SAHABAT AKU DI UKM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAAF LA KALAU TERKASAR BAHASA :'(
DI BALIK AIR MATA,PASTI ADA SENYUMAN,
DIBALIK LUKA,PASTI ADA PENYEMBUH,
DI BALIK KESABARAN,PASTI ADA KEBAHAGIAAN.,
DAN JUGA DI BALIK KESULITAN ,PASTI ADA KEMUDAHAN...
HABIS DOH GELAP,TUBIK LA PLOP TERANG ... 


AKU SEDANG BERSEDIH TERINGAT BENDA YANG LEPAS


KAWAN SEJATI TIDAK MUDAH BERPALING TADAH WALAUPON DITELAN USIA,NAMUN IA TETAP SEGAR HINGGA DI HUJUNG NYAWA :'( KETENANGAN,KESABARAN,PENGORBANAN,SIFAT KASEH SAYANG...
SELAGI ADA PERTIKAIAAN,PENYATUAN TAK AKAN TERCAPAI :'(









Friday, 11 January 2013

KENANGAN 2012 (13/01/2013)








"New year coming... everyone talk about what's your dream, what's your intention or your aim or this year . And some people ask me, how about your last year and how's your dream or our aim achieve it or not. hak69 . Seriously, every time its come around us will be the same question . New year, New year and New year .. "

Sekarang dah masa ke tahun baru . Cepatnya masa berlalu . Hari ini hari ke tiga belas 13/01/2013 menjelang 2013 .

Dah berlalu pun 2012 . Tempoh setahun itu, kejap sangat . 
365 hari / 1hari = 24jam,
1 minggu = 168 jam,
1 tahun = 8760 jam ... 
besar tu angka .. nampak jew besar tapi kejap jew masa tu berlalu . Pejam celik pejam celik je masa. Kita maju kedepan , nombor makin meningkat , usia pun makin meningkat ..  Kita melangkah kehadapan , nak patah belakang balik boleh ? Kalau boleh semua orang nak betul tak . Patah balik ke belakang betulkan apa yang silap dan salah . Kalau macam itu, hidup kita ini semua betul jewla. Salah sikit kita betulkan, silap sikit kita baiki, terlajak langkah kita berundur. Manusia ini sebenarnya Allah telah ciptakan cukup sempurna sifatnya, ciptaan Allah yang maha Agung. Tetapi kita hanya manusia biasa, yang tak pernah lari dari salah dan silap. Tetapi itu bukan alasan tau untuk sentiasa make a mistake, again and again and again. Setiap kesilapan yang pernah dibuat kelemahan kita, belajar dari kesilapan dan sentiasa cuba perbaiki diri .

Insyallah . muhasabah diri sendiri . :)

 Alhamdulillah. Bila berlalu 2012, saya duduk sejenak berfikir 

"Apakah yang berlaku sepanjang tahun lepas? "



"Adakah wujud memori2 terindah yang ku boleh simpan dan bawa kehadapan ? 



Adakah impian dan azam sepanjang tahun 2012 ku ini tercapai ? "


sedih, gembira, suka dan duka . tercalit 1001 kisah, 1001 kenangan 
(tak la sampai ribu2 tu. perumpamaan je. hak69)


Biarlah diri ini menyimpan segala kisah sebagai ingatan .

Yang manis itu disimpan dilubuk hati yang paling dalam dan yang duka itu disimpan hanya secebis peringatan untuk panduan perbaiki dan kemuadian dibuang jauh dari pandangan . 
2012 membawa banyak kisah yang membuatkan aku bahagia/sedih/suka duka . 

Alhamdulillah . Ya Allah .

Moga 2013 ini bakal tercalit banyak lagi kisah yang aku boleh simpan jauh disudut ingatanku ini .

Aminn , syukur atas rahmat Mu Ya Allah

kedukaan, pergi kau dari hidupku . fuuuhhhhh :)
kenangan boh,,hak69

Friday, 14 December 2012

Tuesday, 11 December 2012

LUAHAN HATI 12/12/12

SALAM kepada semua warga facebook mahupun blogger...,saya x reti nak buat status gempak untuk dapat berpuluh2 like dan komen,saya buat status untuk luahkan perasaan saya yang kadang2 sangat2 sukar untuk nak difahami oleh orang,dan hanya dapat difahami oleh orang2 tertentu sahaja,,pada tarikh yang istimewa iaitu 12.12.12..saya yang bernama macam nama orang ARAB ,MUHAMMAD FAKHRULAH BIN ABDULLAH Aberoy69 (A142424) i
ngin meminta maaf kepada semua warga2 facebook,jika ada tekasar bahasa,tersinggung perasaan mahupon tidak selesa dengan saya,di sini saya menghulur tangan di atas kesalahan besar ataupon kesalahan yang kecil kepada warga2 facebook,saya meminta agar seribu kemaafan dari kauorang untuk saya,semoga kesalahan dan kesilapan saya akan saya buat sebagai pengajaran di masa akan datang..saya akan mejadi seorang yang terbaik di masa yang akan datang...



GENG KAKI LEPOK D GROUP ABEROY69
Geng sAYang kO AberOy69

Monday, 24 September 2012

RASULULLAH DIHINA, JIHAD JAWABNYA!




RASULULLAH DIHINA, JIHAD JAWABNYA!
[SN321] Untuk ke sekian kalinya, Junjungan besar kita, Rasulullah SAW dihina lagi oleh puak kuffar. Kali ini oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika Syarikat berketurunan Yahudi, melalui filem murahannya bertajuk The Innocence of Muslim. Dalam filem ini, Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang lelaki kaki seks, pembunuh, penipu dan pemimpin yang tolol. Kebiadaban penerbit filem ini telah mengundang kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia sehingga protes yang berlaku di Libya telah meragut nyawa Duta AS, Chris Stevens dan tiga warga AS lainnya di Benghazi pada 11/9/12. Pemerintah AS, dalam sidang medianya, berdalih tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan pembikinan dan penyebaran filem seperti itu kerana merupakan sebahagian dari kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat (freedom of expression) yang dijamin oleh undang-undang mereka. “Sekarang, saya perlu tekankan bahawa di dunia saat ini dengan teknologi terkini, hal itu mustahil untuk disekat. Bahkan kalau boleh disekat sekalipun, negara kami mempunyai tradisi kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang kami dan kami tidak dapat menghentikan setiap warga negara yang menyuarakan pandangan mereka sekalipun hal itu tidak disukai,” tegas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Kenyataan Clinton ini hanya menunjukkan sifat lepas diri seorang pemimpin tetapi dalam masa yang sama cuba melindungi rakyatnya yang biadab atas nama kebebasan bersuara. Inilah cara hidup dan nilai AS yang diagung-agungkan itu, iaitu kebolehan menghina seseorang atas nama kebebasan. Inilah erti ‘kebebasan’ yang dijulang oleh Barat iaitu kebebasan untuk melakukan apa sahaja, termasuk kebebasan menghina orang lain, menghina agama orang lain, menghina kitab suci orang lain, menghina Nabi dan segala bentuk penghinaan lainnya. Inilah ajaran demokrasi yang dibawa dan dilaung-laungkan oleh Barat. Mungkinkah Clinton akan menjawab seperti di atas jika ibu bapanya sendiri dihina sedemikian rupa? Jika ibu atau bapanya atau si Clinton sendiri dituduh dan dihina sebagai seorang yang gila seks, pelaku seks songsang, suka membunuh, pembohong dan sebagainya, adakah dia akan menjawab seperti yang dia telah jawab? Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berdiam siri tatkala orang tuanya dihina, apatah lagi jika Rasul yang kita wajib cintai melebihi dari orang tua kita, dihina. Justeru, sudah sewajarnya bagi kaum Muslimin yang cintakan Rasulnya, bangkit menyuarakan protes dan kemarahan apabila berlaku penghinaan sedemikian rupa, sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW,

“Tidak beriman seorang pun di antara kalian hingga aku lebih dicintai daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya” [HR al-Bukhari]. 

Amat hinalah orang yang menghina semulia-mulia makhluk. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina” [TMQ al-Mujadilah (58):20].
Kebiadaban Barat Atas Nama Kebebasan Dan Demokrasi

Sungguh telah jelas sikap permusuhan kuffar Barat terhadap Islam dan umat Islam. Telah berulang kali mereka melakukan penghinaan kepada Islam. Baru sahaja pada 2010 seorang pendeta Kristian Florida, Terry Jones, secara terbuka menyerukan pembakaran Al-Quran pada ulang tahun ke-sembilan peristiwa 9/11. Tentera AS pada Februari  2012 membakar secara sengaja di penjara Baghram di Afghanistan 315 salinan naskhah keagamaan termasuk Al-Quran. Penghinaan terhadap Al-Qur’an juga dilakukan oleh tentera AS di penjara Guantanamo. Awal tahun ini juga umat Islam dikejutkan dengan tindakan biadab tentera AS yang kencing di atas mayat mujahidin Afghanistan. Pendek kata, daftar panjang kejahatan AS ke atas Islam dan umat Islam sudah tidak terhitung. Semuanya itu dibenarkan atas alasan kebebasan.

Manakala jika umat Islam bersuara ingin menegakkan Khilafah, menyatukan kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, maka AS tidak akan mengkategorikan hal ini ke dalam hak kebebasan bersuara. Buktinya, di Chicago, telah beberapa kali konferens yang ingin dianjurkan oleh HizbutTahrir dalam usaha HizbutTahrir menyeru umat Islam kepada penegakan Khilafah, telah dibatalkan oleh pihak berkuasa AS. Bukan sekadar itu, malah HizbutTahrir dituduh dengan pelbagai label negatif, termasuklah sebagai ekstremis dan menjadi pemicu kepada terrorisme. Pelarangan niqab, tudung, tudingan radikalisme, larangan pembinaan masjid di beberapa negara Eropah dan banyak lagi, kesemua ini tidak pernah mereka anggap sebagai melanggar hak kebebasan warga negara mereka. Inilah sikap double standard AS dan Barat apabila bercakap tentang kebebasan bersuara ke atas umat Islam!

Semua kebiadaban Barat ini menunjukkan adanya usaha-usaha penghinaan ke atas Islam secara sistematis dan merupakan polisi yang dibenarkan oleh mereka, malah sehingga sekarang AS tidak pernah menyekat warganya dari menghina Islam, walau dengan secebis kenyataan! Meskipun tindakan warganya secara nyata telah menodai kesucian agama Islam, memicu protes, permusuhan dan konflik ke seluruh dunia, namun AS tetap sahaja menganggap penghinaan itu sebagai sah dan mesti diberi perlindungan oleh negara atas nama kebebasan. Dalam masa yang sama, seluruh dunia tahu bahawa sokongan AS kepada Israel tidak berbelah bahagi dan jika ada umat Islam yang bersuara bahawa Israel mesti dihapuskan, maka AS akan menjawabnya dengan ancaman dan perang. AS juga mengutuk dan melarang apa jua penulisan atau propaganda yang menyerang Yahudi dan Israel dengan dalih anti-Semitism. Dengan kata lain, jika Islam dan kaum Muslimin dihentam, maka demokrasi dan kebebasan berpendapat terpakai, tetapi jika Yahudi dan Israel dihentam, maka tiba-tiba sahaja kebebasan bersuara tidak lagi terpakai. Inilah kebebasan bersuara gaya syaitan AS!

Walau bagaimana jahat dan biadabnya Amerika sekalipun, malangnya kita menyaksikan bagaimana pemimpin umat Islam terus berbaik dan tunduk kepada Amerika. Perdana Menteri Malaysia tidak terkecuali, yang begitu bangga apabila dapat bersama dan bersalaman dengan Obama, si pembunuh umat Islam. Hillary Clinton yang lidah bercabang itu juga diberi sambutan istimewa oleh pemimpin Malaysia semasa kedatangannya ke Malaysia pada awal November 2012. Inilah hakikat pemimpin umat Islam yang terhegeh-hegeh ingin meraih kemuliaan dengan orang-orang kafir walhal si kafir itulah orangnya yang membenarkan rakyatnya menghina Islam dan Rasulullah SAW! Firman Allah,

“Adakah mereka ingin mencari kemuliaan di sisi mereka (orang-orang kafir) walhal semua kemuliaan itu milik Allah” [TMQ an-Nisa(4):139].
AS Bertanggungjawab Dan Mesti Menanggung Akibat

Walaupun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menafikan penglibatan kerajaannya dalam kes ini, namun ia tidak semudah itu untuk diterima oleh kita. AS, selain perlu menghukum warganya yang biadab tersebut, mesti bertanggungjawab terhadap pengeluaran filem dungu itu. Kerajaan Amerika tidak boleh lari dari semua ini. Negara Amerika jelas terlibat. Ini kerana pembuatan film murahan yang menghina Rasulullah SAW ini disahkan oleh undang-undang negara itu dan apa yang jelas, dilindungi oleh AS dan pemimpinnya sendiri! Oleh yang demikian, membiarkan tanpa mengambil tindakan terhadap promosi dan penyebaran filem keji ini oleh AS, jelas menunjukkan keterlibatan AS dalam hal ini.

Oleh sebab AS merespon isu ini dengan undang-undang dan kekuatan negara, maka kita juga mesti merespon dengan undang-undang (Islam) dan kekuatan Negara (Islam). Penghinaan ini tidak akan berlaku jika tidak dibenarkan oleh AS. Justeru, polisi negara mestilah dilawan dengan polisi negara. Tekanan melalui bentuk demonstrasi dan memorandum kepada kedutaan AS di negeri-negeri umat Islam sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada AS sejak sekian lama, walau ribuan umat Islam berhimpun sekalipun. Justeru, kekuatan AS sebagai negara harus dilawan dengan kekuatan negara juga, barulah bertemu buku dengan ruas. Walaupun negara umat Islam ada banyak sekali, namun, selagi kita dipimpin oleh para pemimpin yang pengecut dan tunduk kepada AS, maka selagi itulah AS akan terus lancang dan biadab dan selagi itulah penghinaan kepada Rasulullah SAW akan terus berlaku. Di sinilah perlunya umat Islam kepada Negara Khilafah, sebuah negara super power yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia yang akan menggerakkan ratusan juta tentera kaum Muslimin bagi mengarahkan muncung senjata, kereta kebal, peluru berpandu dan pesawat yang dimiliki untuk membela kemuliaan Islam dan Rasulullah SAW.

Sayangnya Negara Khilafah sudah dihancurkan pada tahun 1924 dan sejak itu umat Islam terpecah-belah dan diperintah oleh para pemimpin sekular. Sudah tidak ada lagi kebaikan pada para pemimpin umat ini dan kita sudah tidak boleh mengharapkan mereka menjaga kesucian Islam. Mereka bukan penjaga Islam, mereka bukan penjaga umat Islam, mereka bukan penjaga kemuliaan Rasulullah SAW. Mereka cuma si rakus yang mementingkan perut-perut mereka sahaja, mementingkan harta, pangkat, takhta dan istana-istana yang mereka miliki. Ini semua lebih penting kepada mereka berbanding menjaga dan mempertahankan kemuliaan Rasulullah SAW!

Seandainya ada Daulah Khilafah, ia akan menjadipenjaga kemuliaan Islam dan kaum Muslimin serta kesucian Rasulullah SAW. Daulah Khilafah adalah perisai yang melindungi dan benteng yang kukuh kepada umat Islam. Hal ini telah ditunjukkan oleh sejarah emas peradaban Islam selama lebih 13 abad. Hatta pada masa Daulah Khilafah semakin melemah pun, kemuliaan Rasulullah tetap dijaga oleh sang Khalifah. Pada akhir abad ke-19, tahun 1890, seorang penulis Perancis, Henri de Bornier, membuat pentas drama komedi berisi penghinaan kepada Rasulullah SAW. Maka Khalifah kaum Muslimin, Sultan Abdul Hamid II, mengirim surat kepada kerajaan Perancis agar melarang pementasan drama itu di seluruh Perancis. Perancis pun memenuhi permintaan itu dan mengambil keputusan tidak membenarkan pementasan drama tersebut. Perancis mengirim surat kepada Sultan Abdul Hamid yang di antara isinya, “Kami percaya, keputusan yang kami ambil sebagai pemenuhan atas keinginan yang mulia Sultan akan mempererat hubungan baik di antara kita…”. Ketika penerbit yang sama berusaha mementaskannya di Britain dan mulai membuat persiapan pementasannya, Sultan mengetahuinya dan mengirimkan surat agar dicegah pementasan tersebut. Akhirnya pementasan itu pun dilarang walhal di kala itu British merupakan negara super power. British lalu meminta maaf atas persiapan pementasannya hingga drama tersebut tidak jadi diadakan!

Harapan Kepada Tentera Yang Ikhlas

Puak kafir penghina Islam dan Rasulullah ini berani untuk terus menghina kerana mereka tahu bahawa pemimpin kaum Muslimin yang ada semuanya bacul dan pengkhianat. Mereka tahu bahawa pemimpin yang ada ini tidak akan berani berkata apa-apa untuk menegur tuan mereka (AS), apatah lagi untuk bergerak melawan AS. Mereka adalah pemimpin yang, jika AS terbatuk, mereka akan terus terkencing! Inilah hakikat pemimpin umat Islam! Oleh sebab itulah, walaupun umat sudah bangkit menentang kebiadaban kuffar AS, namun pemimpin terus kaku dan tidak berani mengangkat kepala walaupun sedikit. Kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang bacul dan khianat ini. Kita sudah yakin sepenuhnya bahawa pemimpin yang ada ini sudah tidak ada gunanya lagi. Justeru, kita meletakkan harapan kepada para tentera yang ikhlas, yang hidupnya bukan untuk meraih dunia tetapi hanya untuk Allah semata-mata, agar bangkit dari lena mereka yang panjang.

Bangkitlah wahai para tentera! Sudah terlalu lama engkau berdiam diri, tidak berani berkata walau sepatah perkataan. walaupun di saat Nabi-mu dihina. Engkau sudah lama hanya memerhati sahaja Muhammad dihina, seolah-olah Muhammad itu bukan Rasul-mu! Engkau lebih setia kepada pemimpin sekular yang hanya berpeluk tubuh apabila Muhammad dihina, berbanding kesetiaan-mu kepada Allah dan kekasihNya itu. Apakah hati-mu sudah terhijab dengan ketakutan dan kecintaan kepada dunia sehingga apabila Rasul-mu dihina, engkau tetap diam membisu?! Jika engkau takut untuk hanya menyebut perkataan jihad, sudah tentu engkau lagi takut untuk melaungkan seruan jihad, bahkan tentu engkau lagi kecut untuk terjun ke medan jihad. Apakah ini sifat-mu sebagai tentera Muslim? Jika beginilah sikap-mu, maka lebih baik engkau tanggalkan sahaja uniform-mu dan berikanlah ia kepada para Muslimah yang sentiasa bersedia menyarungnya pada bila-bila masa! Tidak malukah engkau mengaku sebagai umat Muhammad sedangkan apabila Muhammad dihina engkau tidak berbuat apa-apa? Bukankah engkau menginginkan syafaat dari Muhammad SAW di akhirat kelak? Justeru, wajarkah engkau tidak bergerak membela Rasul-mu tatkala insan mulia itu dihina? Apakah jawapan-mu kepada Allah dan RasulNya itu nanti?

Bangkitlah wahai tentera! Jangan engkau hanya berani menunjuk belang dan menjadi juara berkawad di padang, kerana tempat sebenar-mu adalah di medan. Di situlah pertempuran-mu! Di situlah kemuliaan-mu! Di situlah syurga-mu! Bergeraklah wahai para kesateria. Bergeraklah membela Rasul dan agama-mu. Lepaskanlah segala ketaatan-mu daripada pemimpin yang tidak menerapkan Islam, pemimpin yang tidak mencintai Allah dan RasulNya dan berpalinglah kepada mentaati Allah dan RasulNya. Seterusnya, berikanlah nusrah (pertolongan) dan kekuasaan kepada golongan yang ingin menegakkan agamaNya. Tanyalah diri-mu, untuk apakah engkau menjadi tentera jika tidak untuk berjihad menjaga kesucian Islam, menjaga kemuliaan Rasulullah SAW, mengajar puak kuffar dengan perang-mu, membebaskan wilayah Islam yang dicengkam musuh dan membuka wilayah-wilayah baru demi menerapkan agama Allah di dalamnya? Jika engkau tidak melakukan semua itu, bermakna sudah hilanglah ruh Islam dari jiwa-mu dan maruah serta kemuliaan sudah tercabut dari diri-mu sebagai tentera Muslim.

Bangkitlah wahai para tentera! Kenakan pakaian seragam-mu dan bersiap siagalah. Bersihkanlah semboyan mu yang sudah lama tersumbat itu. Tiuplah semboyan jihad dan perdengarkanlah ia ke seluruh dunia demi menyelamatkan maruah Rasul-mu yang dicalar. Bukalah garaj dan pecahkan kesemua rantai yang mengunci kelengkapan perang-mu. Buangkanlah segala karat yang sudah lama menempel pada senapang-mu. Isikan minyak enjin kereta kebal-mu yang sudah lama kekeringan. Hidupkan enjin jet pejuang-mu yang selama ini hanya mengaum untuk hari pertunjukan yang sia-sia. Terbangkanlah ia ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Malaikat akan terbang bersamamu sehingga engkau menemui salah satu daripada dua kemuliaan, kemenangan di dunia atau pertemuan yang baik denganNya di akhirat.

Khatimah

Wahai Kaum Muslimin! Siapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah. Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Kerana hanya Khilafah sahajalah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya. Umpama respons Sultan Abdul Hamid II terhadap Perancis dan British, dengan ketegasan sang Khalifah yang mengisytiharkan jihad jika penghinaan itu diteruskan, maka akhirnya segala rancangan jahat musuh terhenti serta-merta. Sultan Abdul Hamid II telah menunjukkan kepada kita bahawa jika Rasulullah SAW dihina, maka jihad adalah jawapannya. Inilah yang juga bakal dilakukan oleh Khalifah apabila kita bernaung di bawah Daulah Khilafah tidak lama lagi Insya Allah.

Sunday, 23 September 2012

Gambar Ngeri Ular Sawa Yang Menelan Manusia

Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto) | Ular sawa merupakan antara ular yang berupaya menelan mangsa dalam jangka masa yang singkat. Tidak kiralah saiz mangsa itu sebesar mana. Tetapi kebiasaannya spesis ini memakan haiwan ternakan seperti rusa, kancil, kambing dan lain-lain lagi. Selain itu, manusia juga tidak terkecuali menjadi santapan ular sawa tersebut. Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari. Serangan pertama adalah dengan membelit mangsa, sebelum ia menelan secara perlahan-lahan. Boleh lihat gambar di bawah ini.-sumber-









Gambar Ular Sawa Di Belah Perut Kerana Makan Manusia


Ular sawa ini ditemui oleh penduduk kampung.Namun ia tak dapat bergerak

Papan dipakukan bahagian tepi ular tersebut.Ini kerana berita kehilangan pemuda dalam kampung tersebut.

lihat perut nya..besar


Setelah dibedah..yeah..ini dia..cebisan daging dan tulang yang hampir separuh telah dihadam.

Sunday, 16 September 2012

ORANG ISLAM BACA SINI KEJAP : KEJADIAN SEBELUM HARI KIAMAT


Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat.
1. Munculnya Imam Mahdi
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.
2. Munculnya Al-Masih Dajjal
Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.
Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.
Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.
Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.
Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.
Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.
Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.
3. Turunnya Isa bin Maryam
Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.
Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.
Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.
4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj
Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.
Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.
5. Matahari Terbit dari Barat
Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.
Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.
Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.
6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi
Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.
Rasullullah SAW pernah bersabda bahawa panjang binatang ini adalah 60 hasta iaitu sama tinggi dengan Nabi Adam AS dan orang yang mencarinya takkan menjumpainya, sedangkan orang yang lari darinya takkan dapat lari daripadanya. Binatang ini dikatakan kepalanya seperti kepala banteng, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya panjang seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta dan ia akan membawa tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman.
Apabila cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa, apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan antara orang kafir dan mukmin.
7. Dunia diliputi Kabut
Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)
Apabila kiamat itu hampir tiba, maka dunia ini akan diliputi kabut yang tebal dan menjadikan dunia ini gelap. Kabut itu akan membuatkan orang mukmin selsema dan sukar bernafas manakala orang kafir berasa betul-betul merasa tersiksa dan terbakar. Semua orang akan berasa lemas ketika itu lalu mereka tunduk pada Allah namun segala penyesalan tak berguna lagi.
8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik
Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.
Lalu Allah angkat Al-Quran yakni penyuluh iman manusia ke langit serta bersamanya Allah angkat segala kebaikan dari dunia ini. Diceritakan bahawa Al-Quran datang mengadap Allah lalu ia mengadu, “Tuhanku, aku cuma dibaca orang dan tidak diamalkan sama sekali.” Mendengar yang demikian, lalu Allah mengangkat Al-Quran (ilmu) dari dada manusia bahkan dari kitab-kitab Al-Quran dan akhirnya tinggal kertas-kertas kosong sahaja, sedangkan huruf-huruf dan tulisannya sudah tiada lagi. Namun Allah telah meninggalkan pada umat masa itu satu kalimah sahaja dan ia hanya disebut oleh orang-orang tua masa itu, yakni kalimah “Lailaha illallah”. Setelah orang tua itu meninggal, maka hilang sama sekali ajaran Islam dari permukaan bumi.
Rasulullah SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.
9. Hancurnya Kaabah
Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sabda Rasullullah, “Kaabah akan dihancurkan oleh orang Habsyah yang bergelar Dzus-Suwaiqatain (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Kaabah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar”. Nabi SAW bersabda lagi, “Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”.
10. Api yang Menghalau Manusia
Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.
Api tersebut akan datang dari Adan (Yaman) dan akan membakar segala di langit dan dibumi. Datangnya api itu akan membuatkan manusia lari bertempiaran. Api itu bukan sahaja membakar segala di tanah dan di udara, namun segalanya di dalam laut akan turut terbakar. Maka berlarilah manusia menggunakan tumit mereka atau kenderaan-kenderaan hebat mereka, mereka berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri masing-masing namun mereka takkan selamat pada waktu itu jika mereka tidak ke negeri Syam.
Kenapa negeri Syam? Rasulullah ada bersabda, “Api akan keluar dari Hadramaut sebelum kiamat yang tujuannya untuk menghalau dan mengejar manusia”. Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah harus kami berlari?” Lalu Nabi menjawab, “Pergilah ke negeri Syam”. Pada waktu itu berbondong-bondonglah manusia pergi menyelamatkan diri ke negeri Syam. Jika terdapat orang muslim yang masih hidup, api itu akan mengikuti sahaja muslim tersebut, jika dia berhenti rehat, maka api itu pun turut berhenti manakala bagi orang kafir, api tersebut akan terus mengejar mereka tanpa henti.
Maka terbakarlah segala-galanya di muka bumi yang dipinjamkan Allah kepada makhluknya. Hanya negeri Syam yang kecil sahaja tempat seluruh makhluk di dunia yakni manusia, binatang, jin dan Iblis serta pengikutnya berkumpul. Keadaan di sana amat sesak bahkan susah untuk bernafas apatah lagi nak tidur. Semuanya berhimpit-himpit lalu Iblis menyuruh konco-konconya menyesatkan lagi manusia yang dalam kesesakan. Lalu bertambah jahatlah mereka dan berbuat sesuka hati mengikut nafsu.
11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia
Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan
Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya.
Firman Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)
Seluruh makhluk di bumi mendongak ke langit dan melihat sumber datangnya bunyi yang amat menggerunkan itu. Mereka tertanya-tanya dalam hati suara apa yang bergegar di langit itu. Rupanya telah tiba masa nyawa dunia ini ditarik kembali. Gunung-ganang tidak kukuh lagi, lalu ia berterbangan mengikut awan. Dunia bergoncang sekuat-kuatnya dan menjeritlah seluruh makhluk di bumi sehingga ibu melepaskan anaknya dan orang hamil melahirkan anak tak cukup umur. Ketika itu gelaplah dunia segelap-gelapnya kerana Allah telah memadamkan cahaya matahari, begitu juga cahaya dari bulan dan bintang. Tiada istilah siang dan malam. Langit terbelah, bulan dan bintang jatuh menghempap ke bumi.
Manusia tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin berlindung dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan berkata, “Tuhanku, sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki”.
Syaitan-syaitan yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan kelakuan pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat. Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan yang tidak pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata, “Sesungguhnya engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah mencelakakan kami”. Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi.
Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah ketentuan Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”. Meremang bulu roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh. Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.
Allah berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka) dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat, namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.
Malaikat Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya tuhanku, telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal adalah Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya, malaikat penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”. Lalu Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan izin Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah ArasyKu?”
Izrail mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”
Pergilah malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka lalu dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya. Izrail berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain mendengar teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, “Andainya aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan selembut-lembut cara.”
Sangkakala kedua: Membangkitkan
Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.
Israfil telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan segala makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda disambut Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.
Sangkakala terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.
——————————————————————–
Alhamdulillah selesai juga kisah Hari Kiamat yang ingin aku kongsikan pada korang semua. Moga ia menjadikan kita seorang yang sentiasa taat kepada perintah Allah. Artikel yang aku taip ini kebanyakan sumbernya aku ambil dari buku Al-Hidayah yang dibeli dari MPH satu ketika dahulu dan sedikit sebanyak juga ada sumber aku ambil dari buku-buku agama yang telah lama aku miliki. Rujukan dari internet juga ada serba sedikit.

SILA SHARE KEPADA RAKAN2 YG LAIN